PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN ISLAM KASTAM

FASAL 1 NAMA, ALAMAT DAN LAMBANG

1.1.  NAMA

1.1.1.Pertubuhan ini dikenali dengan nama , BADAN KEBAJIKAN ISLAM KASTAM MALAYSIA.

1.1.2.Nama singkatannya ialah BAKISKA dan Badan Kebajikan Islam Kastam akan disebut seterusnya dalam perlembagaan ini sebagai BAKISKA.

1.2.        ALAMAT

1.2.1.Alamat BAKISKA ialah Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia Tingkat 4S Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510  Putra Jaya , Wilayah Persekutuan. Alamat urusan BAKISKA tidak boleh diubah dengan tidak mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu .

1.3.        LAMBANG

1.3.1. BAKISKA mempunyai lambang sendiri seperti berikut yang mencerminkan matlamat-matlamat ujudnya:-

1.3.1.1. Empat buah kubah masjid berwarna hijau yang bercantum diantara satu sama lain melambangkan perpaduan dan persaudaraan antara umat Islam di negara kita.

1.3.1.2.  Bentuk segienam yang terdapat di dalam kubah masjid itu melambangkan sebuah tabung kebajikan yang secara tidak langsung merangkumi Rukun Iman.

1.3.1.3. Bentuk bulan di dalam segienam yang berwarna putih melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara kita.

1.3.1.4.Warna kuning disebelah kiri dan warna biru disebelah kanan dalam segienam menunjukkan penglibatan usaha secara langsung Jabatan di dalam penerapan nilai-nilai Islam.

1.3.1.5. Bingkai putih yang mengelilingi segienam dan kubah masjid menggambarkan kesucian dan keikhlasan hati pegawai Islam Jabatan Kastam dalam mendukung perlaksanaan ajaran Islam.

FASAL 2 2. KEAHLIAN

2.1. Ahli-ahli BAKISKA terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang beragama Islam. Mereka berhak mengundi dan memegang jawatan dalam BAKISKA.

2.2.        Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Pusat untuk diluluskan. Jawatankuasa Pusat boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat dimana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan oleh Setiausaha Agung dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat.

2.3.        Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang tertentu, hendaklah diterima menjadi ahli BAKISKA dan berhaklah ia sebagai ahli.

2.4.        Ahli-ahli BAKISKA yang telah bersara atau bertukar ke jabatan lain adalah dibenarkan untuk meneruskan keahliannya sebagai Ahli  Bersekutu dan berhak mengundi dan memegang jawatan dalam BAKISKA.

FASAL 3

3.1.        MATLAMAT

3.1.1.Mendukung pelaksanaan cita-cita dan nilai hidup Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

3.1.2.Mendukung kepercayaan kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah.

3.1.3.Menumpu kegiatan kebajikan Islam di kalangan kakitangan-kakitangan di Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia.

3.2.        FUNGSI

3.2.1.Untuk mencapai matlamat, BAKISKA akan:-

3.2.1.1.                    Berusaha menganjur dan mengadakan kegiatan-kegiatan untuk mempertingkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh dalam konteks mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan berteraskan prinsip dakwah secara bijaksana dan bimbingan yang mulia.

3.2.1.2.                    Menyediakan kesempatan dan menggalakkan penglibatan ahli-ahli dalam kegiatan BAKISKA.

3.2.1.3.                    Berusaha mendapatkan sumber kewangan dan tenaga pengajar bagi kelancaran perjalanan aktiviti.

3.2.1.4.                    Mentadbir kegiatan dan kebajikan ahli-ahli

3.2.1.5.                    Menubuhkan syarikat perniagaan dan / atau menubuh konsortium yang dibenarkan.

FASAL 4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

4.1.          JAWATANKUASA PUSAT BAKISKA.

4.1.1.   Pengurusan dan pentadbiran BAKISKA adalah diamanahkan kepada sebuah jawatankuasa yang dipilih oleh perwakilan dalam mesyuarat agung tahunan pada tiap-tiap dua tahun sekali. Kecuali dibubarkan, jawatankuasa akan berkhidmat hingga sebuah jawatankuasa baru dipilih.

4.1.2.   Jawatankuasa dan struktur hendaklah terdiri daripada :-

4.1.2.1.                    Seorang Yang Dipertua

4.1.2.2.                    Seorang Timbalan Yang Dipertua

4.1.2.3.                    Seorang Naib Yang Dipertua

4.1.2.4.                    Seorang Setiausaha Agung

4.1.2.5.                    Seorang Penolong Setiausaha Agung

4.1.2.6.                    Seorang Bendahari Agung

4.1.2.7.                    Lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa biasa.

4.1.2.8.                    Jawatan Setiausaha Agung serta Penolong Setiausaha Agung dan Bendahari Agung hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua  di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa daripada kalangan ahli-ahli atau AJK BAKISKA dan akan memegang jawatan itu sehingga pada Mesyuarat Agung yang ada pemilihan atau sehingga ia meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa dengan apa-apa sebab sekalipun. Yang Dipertua juga diberi kuasa melantik 3 orang AJK tambahan sekiranya diperlukan. Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas dalam BAKISKA hendaklah warganegara Malaysia.

4.1.3.   Setiap ahli bakiska layak dipilih menjadi anggota jawatankuasa.

4.1.4.   Mana-mana anggota jawatankuasa boleh memohon meletakkan jawatan secara bertulis kepada Setiausaha Agung atau Yang Dipertua untuk diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa. Jawatankuasa bertanggungjawab untuk melantik mana-mana ahli bagi mengisi kekosongan anggotanya.

4.1.5.   Bagi menjalankan program BAKISKA dengan lebih berkesan Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan perlu.

4.1.6.   Jika difikirkan perlu untuk kepentingan pengurusan yang lebih teratur, Jawatankuasa Pusat atau Jawatankuasa Cawangan melalui keputusan mesyuaratnya, bolehlah melantik pekerja untuk mengendali pentadbiran BAKISKA dengan bergaji bulanan.

4.2.          JURU AUDIT kehormat

4.2.1.   BAKISKA hendaklah mempunyai dua ( 2 ) orang Juru Audit yang dipilih dalam Mesyuarat Agung setiap 2 tahun sekali. Mana-mana ahli BAKISKA selain daripada Penaung dan anggota jawatankuasa yang sedang berkhidmat adalah layak dilantik menjadi Juru Audit Kehormat.

4.2.2.   Juru-Juru Audit bertanggungjawab memeriksa akaun BAKISKA dan memberi laporan atau pengesahan kepada jawatankuasa sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun.

4.2.3.   Seorang Juru Audit boleh memohon meletakkan jawatan secara bertulis kepada setiausaha untuk diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa.

4.2.4.   Jawatankuasa bertanggungjawab melantik mana-mana ahli untuk mengisi kekosongan jawatan Juru Audit.

4.3.          PENAUNG

4.3.1.   Pegawai Islam yang menyandang jawatan tertinggi dalam Jabatan Kastam dan Eksais Diraja akan dijemput menjadi penaung BAKISKA.

4.4.          MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

4.4.1.   Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh tiga (3) bulan ataupun  empat (4) kali dalam setahun. Kedudukan kewangan hendaklah dibincangkan pada tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa kecuali jika mesyuarat berkenaan terpaksa diadakan secara tergesa-gesa tanpa memberi waktu yang menasabah untuk menyedia butir-butir kedudukan kewangan.

4.4.2.   Korum mesyuarat ½ bilangan ahli Jawatankuasa, dengan syarat jika mana-mana mesyuarat tidak dapat dijalankan bagi kali ketiga berturut-turut kerana ketiadaan korum , maka jawatankuasa yang hadir boleh menjalankan mesyuarat.

4.4.3.   Kecuali bagi mesyuarat yang terpaksa diadakan secara tergempar. Setiausaha hendaklah menghantar notis mesyuarat dengan bertulis dalam tempoh tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.

4.5.          MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN

4.5.1.   Mesyuarat Agung Perwakilan-Perwakilan hendaklah diadakan 2 tahun sekali, pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa pusat. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Perwakilan-Perwakilan ialah:-

4.5.1.1.                    Prestasi BAKISKA dalam melaksanakan matlamat-matlamatnya.

4.5.1.2.                    Penyata Kewangan yang sempurna diaudit. Bagi tujuan ini tempoh penyata ialah dari 1 hb Januari hingga 31 Disember kecuali jika jawatankuasa menetapkan tempoh lain.

4.5.1.3.                    Pemilihan Jawatankuasa.( dua tahun sekali )

4.5.1.4.                    Pemilihan Juru Audit kehormat (dua tahun sekali )

4.5.1.5.                    Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4.5.2      Setiausaha Agung hendaklah memberi notis Mesyuarat Agung Perwakilan dengan bertulis dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh mesyuarat kepada Setiausaha-Setiausaha Cawangan beserta agenda, laporan-laporan dan penyata kewangan tahun lalu yang telah diaudit.

4.5.3      Koram bagi Mesyuarat Agung adalah separuh (1/2) daripada jumlah ahli perwakilan Mesyuarat Agung atau dua kali ganda bilangan anggota Jawatankuasa Pusat mengikut mana lebih kecil.

4.5.4      Jika Mesyuarat Agung tidak dapat diadakan dua kali berturut-turut kerana ketiadaan koram maka ahli-ahli yang hadir boleh menjalankan Mesyuarat Agung.

4.5.5      Setiap cawangan boleh menghantar tidak lebih dari 2 orang bagi 50 orang yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan seorang wakil lagi bagi tiap-tiap 50 orang ahli yang selebih daripada 50 orang ahli yang pertama itu, dengan syarat jumlah wakil ahli tidak lebih daripada 10 orang, ke Mesyuarat Agung Perwakilan.

4.6.          MESYUARAT AGUNG KHAS PERWAKILAN.

4.6.1.   Mesyuarat Agung Khas Perwakilan  bagi BAKISKA boleh diadakan:-

4.6.1.1.                    Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat.

4.6.1.2.                    Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi ½ daripada jumlah cawangan berdaftar.

4.6.2.   Mesyuarat Agung Khas Perwakilan yang diminta oleh Cawangan-Cawangan hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

4.6.3.   Fasal 4.5.3. dan fasal 4.5.4. di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Perwakilan.

4.6.4.    Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada semua Setiausaha Cawangan salinan rangka peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Perwakilan atau Mesyuarat Agung Khas Perwakilan dengan seberapa segera setelah selesai mesyuarat itu.

FASAL 5

5.1.          KEWANGAN

5.1.1.   Adapun sumber kewangan BAKISKA ialah daripada:-

a)               Yuran Bulanan RM 2.00 (tiap-tiap bulan)

b)                Derma ikhlas

c)                Lain-lain pendapatan yang halal.

5.1.2      Tiap-tiap ahli BAKISKA hendaklah membayar yuran bulanan dan derma ikhlas kepada Bendahari Cawangan. Sekiranya ahli-ahli ingin memberi sumbangan derma ikhlas hendaklah menjelaskannya juga kepada bendahari.

5.1.3      Cawangan adalah berhak mendapat peruntukan yuran bulanan ahli-ahli cawangannya dari BAKISKA Pusat sebanyak 50%. Selain itu cawangan boleh juga mendapatkan sumber pendapatan-pendapatan lain yang halal.

5.1.4      Urusan kewangan pusat atau cawangan BAKISKA hendaklah diuruskan oleh Bendahari, kecuali bagi amaun tertentu yang boleh dipegang oleh Bendahari, semua kumpulan wang BAKISKA hendaklah disimpan dalam bank atas nama Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA).

5.1.5      Akaun BAKISKA hendaklah dibuka di Bank Islam. Dimana tidak ada cawangan Bank Islam, akaun bolehlah dibuka dimana-mana bank yang difikirkan sesuai.

5.1.6      Bendahari boleh memegang wang tunai untuk kegunaan BAKISKA sejumlah yang perlu bagi menjelaskan tanggungan biasa BAKISKA bagi sebulan atau RM 500.00 ( Ringgit : Lima Ratus ) mengikut mana yang lebih rendah jumlahnya.

5.1.7      Tiap-tiap pengeluaran cek atau wang tunai oleh Bendahari hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Setiausaha atau Pengerusi ataupun mana-mana dua orang daripada mereka.

5.1.8      Perbelanjaan yang lebih daripada RM 200.00 ( Ringgit : Dua Ratus ) dan tidak melebihi RM10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat atau Jatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 mestilah mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

5.1.9      Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kiri-kira  bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Juru Audit. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan–Perwakilan yang berikutan, dan salinan-salinannya hendaklah dapat diperolehi untuk makluman ahli dari alamat BAKISKA yang berdaftar dan dari pejabat tiap-tiap cawangan-cawangan.

5.1.10 Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula 1hb. Januari.

FASAL 6 HAK DAN TANGGUNGJAWAB

6.1.          YANG DIPERTUA

6.1.1.   Yang Dipertua mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa dan undi pemutus bila perlu.

6.1.2.   Yang Dipertua bertanggungjawab sebagai ketua pentadbiran dan pengurusan BAKISKA dan hendaklah menjadi pengerusi bagi mesyuarat jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.

6.1.3.   Yang Dipertua bertanggungjawab menandatangani pengesahan minit mesyuarat.

6.2.          TIMBALAN YANG DIPERTUA

6.2.1.   Timbalan Yang Dipertua mempunyai hak yang sama seperti ahli biasa serta hak dan tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua.

6.2.2.   Membantu Yang Dipertua dalam menyelia urusan pentadbiran BAKISKA.

6.2A  NAIB YANG DIPERTUA

6.2A.1Membantu Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua dalam menyelia pentadbiran BAKISKA dan memangku tugas Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua semasa ketiadaan mereka.

6.3.          SETIAUSAHA AGUNG

6.3.1.   Setiausaha Agung mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa.

6.3.2.   Bertanggungjawab atas urusan-urusan mesyuarat BAKISKA dan jawatankuasa.

6.3.3.   Bertanggungjawab mengenai pentadbiran BAKISKA dan Jawatankuasa.

6.4.          PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG

6.4.1.   Penolong Setiausaha Agung mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa.

6.4.2.   Bertanggunjawab atas urusan-urusan Mesyuarat BAKISKA dan jawatankuasa.

6.4.3.   Membantu Setiausaha Agung.

6.5.          BENDAHARI AGUNG

6.5.1.   Bendahari Agung mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa.

6.5.2.   Bertanggung jawab atas urusan pentadbiran kewangan BAKISKA termasuk menyimpan akaunnya yang kemaskini.

6.5.3.   Bertanggungjawab mengemukakan penyata kewangan bagi Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung mengikut kehendak Fasal 4.4.1.dan Fasal 4.5.1.

6.5.4.   Bertanggungjawab memegang wang tunai BAKISKA dibawah peruntukan Fasal 5.1.4.

6.6.          AHLI-AHLI JAWATANKUASA BIASA

6.6.1.   Bertanggungjawab secara individu dan bersepadu dengan lain-lain ahli jawatankuasa untuk memikir dan mengusaha pembangunan serta kemajuan matlamat-matlamat BAKISKA.

6.7.          AHLI

6.7.1.   Berhak menyertai semua kegiatan BAKISKA.

6.7.2.   Behak mengundi dimana berkaitan.

6.7.3.   Bertanggungjawab mendukung dan memelihara keutuhan dan kewibawaan pengurusan dan pentadbiran Jawatankuatkuasa bagi kepentingan matlamat-matlamat BAKISKA.

6.7.4.   Adalah menjadi tugas setiap ahli bagi menjelaskan yuran-yuran yang telah ditetapkan dan mana-mana ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli BAKISKA hendaklah memberi notis berhenti sebulan daripada tarikh berkuatkuasa.

6.8.          AHLI BERSEKUTU

6.8.1.   Ahli-ahli bersekutu berhak mengundi dan memegang sebarang jawatan dalam BAKISKA.

FASAL 7 PINDAAN, TAFSIRAN DAN PEMBUBARAN

7.1.          PINDAAN UNDANG-UNDANG.

7.1.1.   Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan-Perwakilan. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada undang-undang hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Permohonan untuk membuat perubahan atau pindaan undang-undang hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan dibuat.

7.2.          TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

7.2.1.   Di antara Mesyuarat-Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

7.2.2.   Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

7.3.          PEMBUBARAN

7.3.1.   BAKISKA boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah semua ahli-ahli yang berhak mengundi.

7.3.2.   Sekiranya BAKISKA hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas maka segala hutang dan tanggungan BAKISKA yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung.

7.3.3.   Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

FASAL 8

8.1.          Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 ahli BAKISKA.

8.2.          Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan-cawangan:-

a)     Jika bilangan ahli-ahli di dalam masa enam bulan berturut-turut kurang daripada 20 orang ; atau,

b)    Jika cawangan tidak patuh kepada undang-undang BAKISKA atau keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat; atau jika difikirkan bersalah oleh Jawatankuasa Pusat kerana perbuatan yang merosakkan BAKISKA.

8.3.          Keputusan membubarkan cawangan dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum di ambil keputusan membubarkan cawangan dengan sebab yang disebutkan dalam perenggan 8.2(b) di atas, cawangan yang brkenaan hendaklah diberi suatu kenyataan 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan.

8.4.          Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh dijalankan mulai dari tarikh penerimaan perintah kecuali kerana urusan berkenaan pembubaran. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 32 hari daripada penerimaan perintah, membuat rayuan kepada  Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan-Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan tetapi dalam keadaan yang demikian Jawatankuasa pengurus dari ahli-ahli untuk menguruskan hal-hal cawangan itu sementara rayuan ditimbangkan.

8.5.          Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan pada Fasal 8.2(a), aturan ini, maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang bubarkan kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup dalam Fasal 8.2(b) aturan ini maka ahli-ahli akan terhenti daripada menjadi ahli BAKISKA.

8.6.          Adalah menjadi tanggungjawab kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku-buku, rekod-rekod, wang dan lain-lain harta yang dimiliki oleh cawangan itu beserta dengan satu keterangan kira-kira cawangan mulai dari tarikh akhir penyata itu dihantarkan sehingga tarikh perintah penutupan.

8.7.          Jika ahli-ahli sesuatu cawangan hendak keluar dari BAKISKA, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta-merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung semua buku-buku, rekod-rekod wang dan lain-lain harta BAKISKA dan seterusnya menyedia dan menyerahkan keterangan kira-kira kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal 6 di atas.

FASAL 9 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN.

9.1.          Tiap-tiap ahli cawangan BAKISKA berhak menghadiri, bercakap dan mengundi dalam sebarang Mesyuarat Agung cawangannya.

9.2.          Mesyuarat Agung cawangan akan diadakan dua tahun sekali tidak lewat dari 30 hari selepas menerima pemberitahuan yang awal mengenai Persidangan Perwakilan Tahunan, supaya pemberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat akan dikeluarkan dan salinan-salinan agenda dan penyata kira-kira akan diberi kepada ahli-ahli tidak kurang dari 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.

9.3.          Kerja-kerja Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan ialah untuk:-

a)     Menerima laporan Bendahari cawangan dan kira-kira Cawangan yang telah diaudit bagi tahun lepas.

b)    Melantik wakil-wakilnya kepada Persidangan Perwakilan untuk tahun hadapan.

c)     Melantik Jawatankuasa Cawangan dan Pemeriksa-Pemeriksa kira-kira untuk tahun hadapan.

d)    Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dibentangkan kepadanya.

9.4.          Suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan hendaklah diadakan:-

a)     Atas perintah Jawatankuasa Pusat.

b)    Apabila Jawatankuasa Cawangan fikirkan mustahak; atau,

c)     Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari ½ ahli-ahli Cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebab diadakan mesyuarat itu.

9.5.          Suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan yang diadakan atas permintaan ahli-ahli akan diadakan tidak lewat dari 15 hari selepas diterima permintaan tersebut.

9.6.          Korum bagi Mesyuarat Agung cawangan adalah separuh (1/2) daripada jumlah ahli cawangan atau dua kali ganda bilangan anggota Jawatankuasa mengikut mana yang lebih kecil.

9.7.          Jika Mesyuarat Agung tidak dapat diadakan dua kali berturut-turut kerana ketiadaan korum maka ahli-ahli yang hadir boleh menjalankan Mesyuarat Agung.

FASAL 10 JAWATANKUASA CAWANGAN

10.1.      Suatu Jawatankuasa Cawangan seperti, yang akan dikenal sebagai pemegang jawatan Cawangan, akan dilantik pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan:-

a)                         Seorang Pengerusi Cawangan

b)                        Seorang Naib Pengerusi Cawangan

c)                         Seorang Setiausaha Cawangan( dan Penolong jika mustahak)

d)                        Seorang Bendahari Cawangan

e)                         8 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa.

Pengerusi juga diberi kuasa melantik 3 orang ahli jawatankuasa tambahan sekiranya perlu.

f)                          Pemegang-pemegang jawatan cawangan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam cawangan BAKISKA ini hendaklah Warganegara Malaysia.

10.2.      Nama-nama untuk jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan.

10.3.      Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian Cawangan mengikut Undang-Undang BAKISKA dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Persidangan Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan dan adalah cukup bilangan jika hadir 1/3 daripada ahli-ahlinya. Setiausaha cawangan akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 14 hari selepas mesyuarat itu diadakan.

10.4.      Mana-mana jawatankuasa yang berpindah atau bertukar ke stesen lain, terus gugur jawatannya secara automatik dari cawangannya.

FASAL 11  TUGAS –TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN.

11.1        Pengerusi dalam masa jawatannya akan menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat-mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek BAKISKA bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

11.2        Timbalan Pengerusi akan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

11.3        Setiausaha hendaklah mejalankan kerja-kerja BAKISKA mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek BAKISKA bersama – sama dengan Pengerusi dan Bendahari.

11.4        Penolong Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam ketiadaannya.

11.5        Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan BAKISKA. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek BAKISKA bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

11.6        Tugas-tugas Ahli-Ahli jawatankuasa yang lain hendaklah diterangkan.

FASAL 12  KEWANGAN CAWANGAN

12.1.      Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan di Cawangan BAKISKA akan menjadi kepunyaan bersama BAKISKA.

12.2.      Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan akan menentukan dari semasa ke semasa berapa peratus dari yuran akan disimpan di cawangan sebagai Kumpulan Wang Cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.

12.3.      Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan juga menyerahkan kepada Bendahari BAKISKA Pusat sebelum 15 hb. tiap-tiap bulan yuran-yuran yang lebih dari jumlah peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang cawangan.

12.4.      Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari BAKISKA Pusat sebelum15 hb. tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan cawangan-cawangan bagi bulan lepas.

12.5.      Semua wang Cawangan hendaklah disimpan di dalam nama Cawangan di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-bersama oleh Yang DiPertua atau Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih RM200.00 pada sesuatu masa dan tidak boleh dilakukan oleh Bendahari Cawangan tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Cawangan.

12.6.      Semua wang , buku-buku dan lain-lain harta BAKISKA yang dipegang oleh mana-mana cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kira-kira sebagai yang diterangkan diperenggan (6) dan(7) bagi undang-undang 14.

FASAL 13. PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN.

13.1        Dimana peruntukan khas tiada disebut di dalam undang-undang ini bagi perkara-perkara BAKISKA berhubung dengan pentadbiran Cawangan-Cawangan BAKISKA, undang-undang yang berkenaan dengan pentadbiran Ibu Pejabat akan diikuti sejauh mana yang sesuai.

13.2        Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan-arahan kepada Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya.

FASAL 14. LARANGAN.

14.1.      Dilarang menghisap candu di dalam rumah BAKISKA dan membawa masuk perempuan lucah dan orang-orang jahat ke dalam rumah BAKISKA.

14.2.      Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah BAKISKA , Roulete, Lott, Fantan, Poh, Peh Bin, Belangkas, pai kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

14.3.       Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak , atas nama BAKISKA atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli.

14.4.       i)       Segala kegiatan yang bercorak keagamaan hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri.

ii)     Hendaklah memastikan agar Pensyarah / Penceramah yang dijemput terdiri daripada pihak-pihak yang mempunyai kebenaran mengajar agama daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

iii)   Hendaklah bebas daripada mana-mana kegiatan / ugama/ilmu-ilmu dan seumpamanya yang bertentangan dengan agama Islam.

iv)   Aktiviti-aktiviti dirancang pada keseluruhannya hendaklah tidak bercanggah daripada tuntutan Islam, menjamin akhlak yang baik bagi ahli-ahli disemua peringkat.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: