Mesyuarat Agong Bakiska Cawangan Ibu Pejabat
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan BAKISKA Cawangan Ibu Pejabat akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 17 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Semarak Jati, Aras 2 Selatan, Ibu Pejabat JKDM
Semua ahli BAKISKA Ibu Pejabat dijemput hadir.
Sinar Korban 2009
Adalah dimaklumkan bahawa BAKISKA Cawangan Ibu Pejabat tidak menganjurkan ibadah korban pada tahun ini sebagaimana yang dilaksanakan pada tahun-tahun yang lalu.
Bagaimanapun, kepada warga JKDM Ibu Pejabat yang ingin melaksanakan ibadah tersebut, kami memberi alternatif kepada anda untuk melakukan ibadah korban di Kemboja, diwakili oleh Ustaz Dr. Rahmat Abdullah yang merupakan seorang Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan penceramah undangan bagi kuliah zohor di Surau Ibu Pejabat.
Untuk mendapatkan borang penyertaan, sila klik pada link ini:
untuk maklumat lanjut hubungi
Tel: 019 393 2200 (Us. Dr. Rahmat Abdullah)
(drrahmatabdullah@yahoo.com)
Berikut juga kami sertakan video Sinar Korban Kemboja yang dilakukan oleh beliau.
(sekiranya anda menghadapi kesukaran menonton video ini, sila layari halaman kami dari kediaman anda)
Majlis Doa Selamat Untuk Bakal Haji
Sukacita dimaklumkan, satu majlis tahlil dan doa selamat untuk bakal jemaah haji 1430H bagi warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan diadakan pada :
Tarikh : 15/10/2009 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau JKDM, Aras 5 Utara, Putrajaya
Warga JKDM yang terpilih untuk berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini diminta menghubungi Setiausaha BAKISKA iaitu Tn Iskandar Jaafar (samb. 2178).
Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat
Sukacita dimaklumkan, satu majlis doa selamat dan solat hajat untuk anak-anak anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diadakan pada :
Tarikh : 5/10/2009 (Isnin)
Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Surau JKDM, Aras 5 Utara, Putrajaya
Semua warga Kastam dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis.
Ikhlas Bekerja
Penceramah : Ust Bukhari (Pegawai Agama Jabatan)
RINGKASAN
Etika kerja mempunyai 3 prinsip :
a. Ubudiah – Kerja sebagai ibadat (setiap masa bekerja adalah ibadat)
b. Akauntibiliti – kerja akan dihisab, dinilai
c. Iktisad – kerja dengan tekun, bersungguh-sungguh
Seorang pekerja yang muklis (ikhlas):-
a. Bekerja bukan untuk nama, kemasyuran dan takut akan disanjungi manusia
b. Bekerja tanpa heboh-heboh, menunjuk-nunjuk
c. Tidak kedekut untuk memberi pujian kepada mereka yang hak
d. Berkelakuan selayaknya bila jadi ketua/majikan
e. Mencari keredhaan Tuhan
- Terima apa yang ada dan kemudian berusaha memperbaiki
- Contoh: Dah kerja 20 tahun dalam Jabatan dan masih tidak lagi suka
berkhidmat dalam KDRM
f. Bersifat sabar – Nabi Noh a.s. berdakwah 950 tahun hasilnya 40 orang
pengikut
g. Berasa senang/sanggup untuk berkongsi pendapat, kerjasama
h. Tamak mencari kerja-kerja yang baik
i. Menghindar sifat ujub, riak, bangga
j. Membersihkan diri.



Komen